Langkau Perintah Riben
Langkau ke kandungan utama

Faq

​​​FAQ's


1.   Apa dia LARIS?
LARIS bermaksud 'Land Application and Registration Information System', membolehkan pemohon (pemilik tanah / pihak Peguam) menghadapkan permohonan berkaitan tanah secara online.

2.   Apakah keperluan utama sebelum menghadapkan permohonan menggunakan LARIS?
Pemohon (pemilik tanah / pihak Peguam) hendaklah terlebih dahulu mempunyai akaun 'e-Darussalam':-

  1. Layari www.gov.bn untuk mendaftar akaun 'e-Darussalam'
  2. Aktifkan akaun (Jabatan Tanah / Jabatan Perkhidmatan Elektrik / Jabatan Pengangkutan Darat / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

 


3.   Apakah jenis permohonan yang terdapat dalam LARIS?
·       Pindah Milik Tanah
·       Tukar Syarat Khas Tanah
·       Menggadai Tanah Kepada Institusi Kewangan
·       Memajak Tanah Persendirian (Lebih 7 tahun)
·       Menyambung Tempoh Pajakan Tanah Persendirian 

 
4.   Bagaimana tatacara membuat permohonan?
Tatacara adalah seperti berikut:-

  • Layari www.tanah.gov.bn
  • Pilih ikon 'LARIS' dan daftar masuk.
  • Pilih jenis permohonan dan isikan maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen-dokumen asal yang berkaitan.
  • Semua maklumat yang diisikan mestilah benar dan betul. Sila tandakan '/' dalam ruang Pengakuan Pemohon.
  • Sila tekan butang "Save" untuk menyimpan maklumat untuk disemak sebelum dihantar.
  • Tekan butang "Submit" untuk menghantar permohonan.



5.   Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
Semua dokumen asal perlu diimbas dalam format 'pdf', dan dimuat naik mengikut senarai semak jenis permohonan yang dipohonkan :-

 
1. Pindah Milik Tanah

·       Kad Pengenalan semua Pemohon
·       Geran Tanah
·       Resit Pembayaran Cukai Tahunan Tanah terkini (Tahun Semasa)
·       Perjanjian Jual Beli (Jika jual beli)
·       Kebenaran memiliki tanah dari Jabatan Perdana Menteri (Pegawai Kerajaan yang bergaji bulan) – Keperluan Peraturan Am
·       Bagi pemohon yang memiliki sebidang tanah sahaja, maklumat mengenai perkara-perkara berikut hendaklah disertakan secara persuratan

  1. Bil. EDR/LOT atau Bil. LTS tempat tinggal pemohon
  2. Mendiami tempat tersebut secara sewa, persendirian atau menumpang
  3. Hubungan pemohon dengan pemilik tempat tinggal jika menumpang

 


 

         
2. Tukar Syarat Khas Tanah

·       Kad Pengenalan semua pemilik tanah (Pemohon) dan Suami / Isteri
·       Geran Tanah
·       Resit Pembayaran Cukai Tahunan Tanah terkini (Tahun Semasa)
·       Surat Kebenaran dan Peta Kedudukan Jalan Laluan yang dibenarkan untuk menuju ke Lot tanah yang dipohonkan Tukar Syarat. (JIKA belum ada jalan laluan / 'access road' menuju Lot tersebut).
·       Bagi tanah yang dimiliki lebih daripada seorang pemilik tanah, surat persetujuan yang ditandatangani oleh semua pemilik-pemilik tanah dan disahkan di Mahkamah Tinggi hendaklah disertakan.




3. Gadaian Tanah kepada Institusi Kewangan

·       Kad Pengenalan Pemohon dan Suami / Isteri
·       Geran Tanah
·       Resit Pembayaran Cukai Tahunan Tanah terkini (Tahun Semasa)
·       Resit Pembayaran Cukai Setem dan Pembayaran Penalti (Jika berkenaan)
·       'Memorandum Of Charge' yang telah dicop Pembayaran Cukai Setem dan Pembayaran Penalti (Jika berkenaan)
·       Sijil Pendaftaran Syarikat Sec. 16/17 dan salinan Kad Pengenalan (Kad Pintar) yang terkini Pemegang-Pemegang Syarikat (Jika ada)
·       Sijil Penubuhan Syarikat Persendirian dan Borang 'X' serta salinan Kad Pengenalan (Kad Pintar) yang terkini Pemegang-Pemegang Syarikat (Jika ada)
·       Borang Sekatan yang telah ditandatangani di Mahkamah Tinggi (Jika ada)
·       Dokumen "Development Agreement", jika menggunakan "Power Of Attorney" (PA)​



4. Pajakan Tanah Persendirian (Lebih 7 tahun)

·       Kad Pengenalan Pemberi Pajak dan Suami / Isteri
·       Kad Pengenalan Penerima Pajak dan Suami / Isteri
·       Geran Tanah
·       Resit Pembayaran Cukai Tahunan Tanah terkini (Tahun Semasa)
·       Resit Pembayaran Cukai Setem dan Pembayaran Penalti (Jika berkenaan)
·       Dokumen Perjanjian Pajakan Utama / Pajakan Kecil (Lease / Sub-Lease Agreement) yang telah dicop Pembayaran Cukai Setem dan Pembayaran Penalti (Jika berkenaan)
·       Dokumen Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement)
·       Perjanjian Kemajuan (Development Agreement).
·       Surat Kebenaran Menduduki Bangunan (Occupation Permit)
·       Sijil Pendaftaran Syarikat Sec. 16/17 dan salinan Kad Pengenalan (Kad Pintar) yang terkini Pemegang-Pemegang Syarikat (Jika ada)
·       Sijil Penubuhan Syarikat Persendirian dan Borang 'X' serta salinan Kad Pengenalan (Kad Pintar) yang terkini Pemegang-Pemegang Syarikat (Jika ada)
·       Borang Sekatan yang telah ditandatangani di Mahkamah Tinggi (Jika ada)
·       Borang Ringkasan Permohonan Pajakan

 
5. Membaharui (Menyambung) Tempoh Pajakan Tanah Persendirian - bagi Baki Tempoh Pajakan 18 bulan kebawah sahaja

·        Kad Pengenalan Pemohon dan Suami/Isteri
·        Geran Tanah
·        Resit terkini Pembayaran Cukai Tahunan Tanah (Tahun Semasa)
·        Sijil Meninggal dan Surat Persendirian daripada Waris SiMati (Jika Pemilik Tanah sudah meninggal dan Geran Tanah sudah mansuh)
·        Sijil Meninggal dan Surat Kuasa Mentadbir (Jika Pemilik Tanah sudah meninggal tetapi Geran Tanah belum mansuh) 
·        Bagi permohonan baki tempoh melebihi 18 bulan untuk tujuan memajukan tanah, Dokumen 'Development Agreement' dan Pelan bangunan hendaklah dihadapkan Ke Jabatan Tanah sebanyak lapan (8) salinan 


 

6.   Berapakah cukai tahunan yang perlu dijelaskan oleh pemilik tanah bagi setiap Lot?

Pemilik tanah dimestikan untuk membayar cukai tahunan bagi setiap lot yang mana adalah mengikut keluasan dan syarat khas tanah berkenaan seperti berikut:

Syarat Khas Tanah​Cukai Tahunan
Padi$2.00 seekar
Pertanian Am$5.00 seekar
Getah$5.00 seekar
Perumahan Am$10.00 suku ekar (Luar Bandaran)
 $50.00 suku ekar (Dalam Bandaran)
Perumahan Am dan Perniagaan Sampingan$12.50 suku ekar (Luar Bandaran)
 $62.50 suku ekar (Dalam Bandaran)
Perumahan Am dan Perniagaan (50:50)$125.00 suku ekar
Rumah Pangsa$100.00 suku ekar
Rumah Pangsa dan Perniagaan$125.00 suku ekar
Perniagaan$150.00 suku ekar
Perniagaan dan Perusahaan$150.00 suku ekar
Perusahaan$150.00 suku ekar
Bangunan Institusi$ 62.50 suku ekar
Bangunan Institusi, Perniagaan dan Perusahaan$150.00 suku ekar
Hotel$150.00 suku ekar
Stesyen Minyak$125.00 suku ekar
Diplomatik$62.50 suku ekar

 

​7.  MEMPROSES PERMOHONAN-PERMOHONAN UNTUK DIHADAPKAN KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN UNTUK DISEMBAHKAN KEHADAPAN MAJLIS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DALAM MAJLIS MESYUARAT MENTERI-MENTERI KABINET UNTUK KEBENARAN

BilJenis PerkhidmatanTPOR (hari)
1Memproses Permohonan Pindah Milik Tanah15
2Memproses Permohonan Tukar Syarat Khas Tanah126
3Memproses Permohonan Memajak Tanah Persendirian (Lebih 7 Tahun)126
4Memproses Permohonan Pembatalan Sekatan Tanah Untuk Kawasan Penempatan Semula126
5Memproses Permohonan Menggadai Tanah Kepada Institusi Kewangan126
6Memproses Permohonan Menyambong Tempoh Kelamaan Geran [MKG]126
7Memproses Permohonan Tanah Bagi Projek Kerajaan60
8Memproses Permohonan Gantian Tanah (Pengambilan Balik Tanah)180
9Memproses Permohonan Memajak Tanah Kerajaan68

 

MEMPROSES PERMOHONAN-PERMOHONAN UNTUK PERTIMBANGAN / KEBENARAN
OLEH PIHAK SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PEMBANGUNAN /
PESURUHJAYA TANAH / KETUA PEJABAT TANAH DAERAH
 

BilJenis PerkhidmatanTPOR (hari)
1Memproses Permohonan Tanah Lesen Tumpang Sementara [Industri, Sekolah Swasta, Site Ofis Untuk Tapak Projek Kerajaan]90
2Memproses Permohonan Dan Mengeluarkan Kebenaran Jalan Laluan42

 

MEMPROSES PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN TANAH

BilJenis PerkhidmatanTPOR (hari)
1Pindah Milik Tanah5
2Penurunan Waris5
3Menyambong Tempoh Kelamaan Geran [MKG]5
4Gantian Tanah5
5Pajakan Tanah Kerajaan5
6Pemecahan Tanah5
7Pajak Tanah Persendirian5
8Gadaian Tanah Kepada Institusi Kewangan5
9Mengganti Geran Tanah [Rosak/Hilang/Hangus]5
10Pembetulan Nama Dalam Geran Tanah5

NOTA: ​Process ini tidak termasuk Land Management System