Langkau Perintah Riben
Langkau ke kandungan utama

Rumah

​​​​​​​​​​​​​​​

​​

LARI​S (LAND APPLICATION AND REGISTRATION INFORMATION SYSTEM)​​

Sistem Maklumat Permohonan dan Pendaftaran Tanah atau dikenali sebagai LARIS (LAND APPLICATION and REGISTRATION INFORMATION SYSTEM) membolehkan Pemilik Tanah atau Peguam memohon (membuat) permohonan tanah di Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan yang diproses  melalui permohonan atas talian atau online land application.

 

Permohonan berkenaan adalah seperti berikut :-

1.    Pindah Milik Tanah

2.    Tukar Syarat Khas Tanah

3.    Gadaian Tanah kepada Institusi Kewangan

4.    Pajakan Tanah Persendirian (Lebih 7 Tahun)

5.    Membaharui Tempoh Pajakan Tanah Persendirian​


 

TATACARA PEMOHON:

1. Pemilik Tanah atau Peguam hendaklah terlebih dahulu mendaftar ke e-Darussalam.

2. Memilih Jenis Permohonan Tanah

3. Mengisikan Borang secara atas talian

4. Memuat naik dokumen-dokumen asal yang relevan yang telah diimbas dalam format pdf mengikut senarai semak jenis Permohonan.​

​5. Semua maklumat yang diisikan mestilah benar dan betul sebelum menekan "Submit". Jika belum pasti, tekan butang "Save" terlebih dahulu untuk menyimpan sementara maklumat yang telah diisikan.

PENGUMUMAN PENTING:

Cukai Tahunan yang tertunggak hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menghadapkan semua jenis permohonan tanah​


 

 

​​​​​​​

PERINGATAN:

1. Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar dan betul, permohonan tidak akan diterima dan tidak akan diproses.​

2. Jika permohonan telah diluluskan, semua dokumen asal dan geran tanah asal hendaklah diserahkan ke Jabatan T​anah untuk didaftarkan di Bahagian Pendaftaran, Jabatan Tanah mengikut Daerah berkenaan.​

 3. Pemohon hendaklah mempastikan nama/bilangan kad pengenalan pemilik tanah didalam geran tanah selaras dengan nama didalam kad pengenalan sebelum menghadapkan permohonan
Jika tidak selaras, hendaklah menghadapkan permohonan pembetulan nama/bilangan kad pengenalan terlebih dahulu ke Jabatan Tanah


 KIOSKS:

1. Masa ini ​kiosk (Komputer Peribadi dan Pengimbas) ditempatkan di Tingkat Satu, Design and Technology​ Building, Anggerek Desa

2. 2 kiosk di Ibu Pejabat (Tingkat Bawah, Bahagian Pendaftaran dan Tingkat Tiga, Bahagian Permohonan dan Penggunaan Tanah), 4 kiosk di setiap Pejabat Tanah Daerah (Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong) telahpun dan akan disediakan

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​